Friday 10 February 2017

SUBHANALLAH..!! Inilah Keistimewaan Hamba Allah Yang Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat Atau Malam Jumaat. [Baca Dan Sebarkan..!!]


SUBHANALLAH..!! Inilah Keistimewaan Hamba Allah Yang Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat Atau Malam Jumaat. [Baca Dan Sebarkan..!!]

[-] Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

[-] Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

[-] Sahabat yang di rahmati Allah..

[-] Diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi didalam sunan-nya hadis daripada Abdullah bin Amru, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Tiada seorang pun daripada kalangan orang muslim yang meninggal dunia pada hari jumaaat atau pada malam jumaat melainkan dia dipelihara oleh Allah SWT daripada azab kubur.”

[-] Pandangan ulama’ berkenaan taraf hadis :

[-] Berkata Abu Isa : Hadis ini dho’if (gharib) dan sanadnya (rantaian perawinya) tidak bersambung. Imam Ibnu Hajar Al-Athqolani pula berkata bahawa hadis ini daripada kategori hadis dho’if.

[-] Secara keseluruhan, kebanyakan ulama’ hadis berpendapat bahawa hadis ini adalah hadis dho’if (lemah).Maka hadis dho’if tidak boleh dijadikan sandaran dalam perkara yang berkaitan dengan aqidah (kerana azab kubur merupakan perkara ghaib yang wajib diimani dan merupakan sebahagian dari pegangan aqidah umat islam).

[-] Walaupun hadis dhoif masih lagi didalam kategori hadis yang diterima, namun antara syarat untuk beramal dengannya adalah tidak meyakini sepenuhnya ia datang dari Nabi SAW. Dalam erti kata yang lain, kita tidak boleh meyakini 100% bahawa orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat akan dipelihara oleh azab kubur merujuk kepada taraf hadis tersebut.

[-] Kerana sesungguhnya apa yang membantu seseorang muslim itu didalam kubur nanti adalah amalannya, bahkan ramai daripada kalangan Sahabat -radhiallahu ‘anhum- yang meninggal dunia pada hari selain daripada hari Jumaat. Saidina Abu Bakar r.a sendiri meninggal dunia pada hari selasa menurut satu riwayat akan tetapi beliau sendiri telah dijanjikan syurga baginya.

[-] Sebahagian ahli ilmu pula manjadikannya sebagai tanda-tanda husnul khatimah bersandarkan kepada hadis ini.

[-] Maka seadil-adil pegangan dalam perkara ini adalah sekiranya muncul tanda-tanda seperti ini maka sebagai seorang muslim kita tidak boleh mengatakan secara pasti bahawa si mati dijauhkan dari azab kubur, akan tetapi tidak salah untuk merasa tenang dengan pemergiannya pada hari yang mulia ini,

[-] Begitu juga sebaliknya, kita tidak boleh berkeyakinan bahawa jika tidak muncul tanda-tanda husnul khatimah (meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat) pada si mati, maka secara pasti dia bukan daripada kalangan orang-orang soleh dan dikenakan azab kubur kerana perkara ini tergolong dalam perkara-perkara ghaib yang hanya diketahui oleh Allah SWT sahaja.

[-] Firman Allah SWT di dalam surah Al-Luqman ayat ke 24 :
“Sesungguhnya hanya disisi Allah ilmu tentang hari kiamat; dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam Rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya esok, dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui dibumi mana dia akan mati.Sungguh, Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”
[-] Sesungguhnya manusia tidak mengetahui dimana dan bila dia akan mati kerana ilmu tentang kematian milik Allah SWT secara mutlak.Oleh sebab itu,yang lebih penting bagi seorang hamba itu adalah beramal dengan amal yang soleh serta mencari keredhaan-Nya dalam setiap perkara yang dilakukan. Wallahua’lam.

Sumber FB Mahat

Hukum Makan Semeja Dengan Orang Yang Minum Minuman Keras. Baca Dan Sebarkan..!!


Hukum Makan Semeja Dengan Orang Yang Minum Minuman Keras. Baca Dan Sebarkan..!!

#Soalanya : Ustaz,boleh ustaz beri pandangan dan apakah hukumnya orang Islam yang makan semeja dengan orang bukan Islam dan situ ada arak,tapi orang Islam tak minum arak itu,cuma makan sahaja,contoh: makan malam sempena tahun Baru Cina.
:
:
#Jawapan: Umat Islam di minta menjauhkan diri daripada makanan dan minuman haram termasuk makan dan minum semeja dengan orang bukan Islam. Mereka perlu menghormati umat Islam yang di larang meminum minuman keras dan jika mereka nak meminumnya perlu di tempat lain yang bukan semeja dengan umat Islam. Walaupun tidak minum minuman keras tetapi jika ada minuman tersebut di meja yang sama di kira bersyubhat.
:
#Sabda Rasulullah oleh Imam Thabarani maksudnya: “ Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia meminum arak, dan siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah dia duduk pada meja jamuan yang ada diminum arak”
:
#Melalui hadis ini, bukan saja hukum meminum arak itu haram tetapi menghadiri jamuan atau majlis yang ada menghidangkan arak juga diharamkan.
:
#Kita tinjau lagi sabda Rasulullah ini yang diriwayatkan oleh Abu Daud maksudnya “Allah telah melaknat arak, peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan arak, tukang angkat arak dan orang yang diangkatkan arak kepadanya”
:
#3 Laknat itu bermaksud di murkai dan jauh dari rahmat Allah.
:
#Hukum bagi arak itu meliputi semua aspek iaitu peminumnya, pemerahnya, peminta perahnya, pembawanya, peminta bawakannya, pemberi minumnya, peminta minumnya, penjualnya, pembelinya, peminta belinya, peminta jualnya, pemakan harganya, penyimpannya dan pemiliknya.
:
#Jelas wahai saudara-saudaraku bahawa hukum arak itu adalah haram dan dilaknat oleh Allah. Janganlah kita terpedaya oleh pengaruh arak dan syaitan. Walaupun ada faktor yang mendorong kita berbuat demikian tetapi ingatlah akan balasan yang bakal diterima.
:
Sumber : Ustaz Abu Basyer

Soal Jawap : Adakah Solat Akan Terbatal Sekiranya Tertidur.


Soal Jawap : Adakah Solat Akan Terbatal Sekiranya Tertidur.

[-] Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

[-] Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

[-] Sahabat yang di rahmati Allah..

[-] Kali ni saya nak share soal jawap hukum sekiranya kita terlelap waktu solat.

#Soalannya : .Apakah hukumnya sekiranya kita terlelap/tertidur sekejap ketika solat, terutamanya solat subuh. adakah solat akan terbatal.

#Jawapanya : Biasanya kita hanya mengantuk sahaja di tengah solat (yakni terlelap, bukan tertidur). Mengantuk tidaklah membatalkan solat (sebagaimana tidak membatalkan wuduk) tanpa ada khilaf di kalangan ulama sama ada mengantuk/terlelap itu berlaku ketika kita sedang berdiri, rukuk, sujud atau duduk. Adapun jika kita benar-benar tertidur ketika sedang solat, maka hukumnya menurut mazhab Syafiie adalah seperti berikut;

#Pertama : Jika tidur itu berlaku semasa sedang duduk iaitu punggung kita berada tetap di atas lantai, tidaklah batal solat.

#Kedua : Jika tidur itu berlaku semasa sedang berdiri atau sedang rukuk atau sujud, batallah solat mengikut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafiie.

[-] Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam an-Nawawi dalam kitabnya “al-Majmuk”; “Jika seseorang tidur di dalam solatnya pada ketika sedang duduk iaitu punggungnya tetap di atas lantai, tidak batal solatnya tanpa khilaf (di kalangan ulamak mazhab Syafiie). Jika ia tidur bukan ketika duduk (yakni ketika berdiri, rukuk atau sujud), terdapat khilaf. Mengikut pandangan yang lemah; tidak batal solat dan wuduknya. Namun mengikut pandangan yang menjadi pegangan mazhab (Syafiie); batal solat dan juga wuduknya” (al-Majmu’, 2/16. Dinaqalkan secara mafhum).

[-] Jika seorang tertidur hingga ia bercakap di dalam solatnya (dengan percakapan yang bukan solat), batallah solatnya. Berkata Imam al-Walwaliji dalam fatwanya; “Orang yang menunaikan solat jika ia tertidur dan bercakap ketika sedang tidur itu, batallah solatnya” (Dinaqal oleh Imam Ibnu Nujaim dalam kitabnya al-Asybah wa an-Nazair, 1/276).

[-] Mengenai perbezaan antara mengantuk (terlelap) dengan tidur, dijelaskan oleh ulama seperti berikut;

#1] Tidur menguasai akal dan deria (yakni akal dan deria tidak berfungsi lagi kerana dikuasai oleh tidur), sedang mengantuk hanya melemahkan akal dan deria sahaja (yakni akal dan deria masih berfungsi, cuma ia lemah sahaja kerana dipengaruhi persaan mengantuk).

#2] Berkata al-Qadhi Husain dan Imam al-Mutawallai; tanda tidur ialah hati tidak merasai apa-apa lagi dan sendi-sendi badan akan jatuh/longlai.

#3] Menurut ulama juga; di antara tanda mengantuk ialah kita masih mendengar ucapan orang yang hampir dengan kita sekalipun kita tidak memahami apa yang dikatakanya. Adapun mimpi ia adalah dari tanda tidur (maknanya, jika terlelap hingga sampai bermimpi, itu tandanya kita telah tertidur).

[-] Wallahu a’lam.

#Rujukan;

#Pertama : Al-Majmu’, Imam an-Nawawi, 2/13 (bab al-Ahdas allati Tanqudhu al-Wudhu’).
#Kedua : Al-Mausi’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah (perkataan; Naum).
#Ketiga :  Al-Asybah wa an-Nazhair, Imam Ibnu Nujaim, 1/276.

Sumber FB

Tahukah Anda Kenapa Telur Ayam Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk? Ini Jawapannya..!!


Tahukah Anda Kenapa Telur Ayam Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk? Ini Jawapannya..!! 

[=] Kebiasaannya kita pasti akan menyimpan makanan di dalam peti sejuk untuk kekal tahan lebih lama termasuk juga telur.
:
:
[=] Tetapi menurut kajian terbaru mendapati ada kesan risiko yang berbahaya jika telur disimpan di dalam peti sejuk. Dalam kajian yang dilakukan oleh Joournal Food Of Protection, menyimpan telur di dalam peti sejuk dapat mengurangkan jumlah nutrisi di dalamnya.
:
:
[=] Telur yang di simpan di tempat yang mempunyai suhu rendah boleh menghilangkan kandungan protein, enzim dan mineral di dalamnya. Jika semua nutrisi hilang, ianya tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada tubuh badan malah akan mendatangkan penyakit.
:
:
[=] Hasil kajian ini juga turut mendapati bahawa telur yang disimpan di dalam peti sejuk lebih terdedah kepada jangkitan bakteria yang dikenali sebagai salmonella.
:
:
[=] Salmonella adalah jenis bakteria yang boleh menyebabkan beberapa masalah penyakit berjangkit seperti masalah pencernaan. Seeloknya, telur itu hendaklah disimpan di tempat yang memiliki suhu normal, tidak terlalu sejuk ataupun panas.

Sumber Dr.Jamal

Jom Amalkan Doa ini sewaktu sujud. Baca Dan Sebarkan..!!


Jom Amalkan Doa ini sewaktu sujud. Baca Dan Sebarkan..!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah, Rabb sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Sahabat yang di rahmati Allah..

Syeikh Abdul Aziz Bin Baaz (semoga Allah merahmatinya) berkata : Merupakan 3 doa yang janganlah kau lupakan dalam sujud


#Pertama : Mintalah Diwafatkan Dalam Keadaan Khusnul Khotimah

اللهم إني أسألك حسن الخاتمة

Allahumma inni as’aluka husnal khotimah

Artinya: “Ya Allah aku meminta kepada-MU husnul khotimah”


#Kedua : Mintalah Agar Kita Diberikan Kesempatan Taubat Sebelum Wafat

اللهم ارزقني توبتا نصوحا قبل الموت

Allahummarzuqni taubatan nasuha qoblal maut

Artinya: “Ya Allah berilah aku rezeki taubat nasuha (atau sebenar-benarnya taubat) sebelum wafat”


#Ketiga :  Mintalah Agar Hati Kita Ditetapkan di Atas Agamanya

اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك

Allahumma yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘ala diinika

Artinya: “Ya Allah wahai sang pembolak balik hati, tetapkanlah hatiku pada agama-MU”
Kemudian saya sampaikan, jika kau sebarkan perkataan ini, dan kau berniat baik denganya, maka semoga menjadikan mudah urusan urusanmu di dunia dan akhirat.

Lakukanlah kebaikan walau sekecil apapun itu, karena tidaklah kau ketahui amal kebaikan apakah yang dapat menghantarkanmu ke Surga Allah.

sumber: FB Ustaz Kamal

Neelofa Menerima Kek Bernilai RM20,000 Sempena Hari Jadi

Foto Instagram @hazmiljapilus

[-] Pengacara dan pelakon iaitu Neelofa telah dikejutkan dgn kek bernilai RM20,000 sempena sambutan hari jadinya yg ke-28.
Ketika di majlis pelancaran koleksi Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe untuk jenama hijab miliknya, Naelofar pada Isnin, Neelofa diberikan kejutan sambutan hari jadi oleh pihak Swarovski.
.
.
[-] "Alhamdulillah, saya bersyukur dan tak sangka dikejutkan dengan kek yang bernilai RM20,000. Kek dua tingkat istimewa yang mempunyai motif pepatung itu bertatahkan permata Swarovski. Terima kasih kepada pihak penaja yang membuat kejutan," kata Neelofa
.
.
[-] Tidak mempunyai sebarang impian spesifik sempena sambutan hari lahirnya, Neelofa hanya mahu lebih 'memberi' kepada semua pihak di luar sana.




[-] "Saya ingin cuba untuk lebih memberi. Bagi saya, pemberian tersebut bukan sahaja dari segi material seperti wang, tetapi dalam cara perkongsian pengetahuan, memberi inspirasi kepada semua peminat dan banyak lagi cara positif," katanya lagi.
.
.
[-] Melancarkan koleksi Lady Lofa dan Lady Lofa Luxe, Neelofa menjelaskan koleksi hijab tersebut dijual pada harga mampu milik.
.
.
[-] "Koleksi ini istimewa kerana dihiasi dengan permata Swarovski dan loket dengan motif pepatung yang menjadikannya lebih eksklusif.
.
.
[-] "Saya mahu meletakkan koleksi hijab Naelofar ke satu tahap yang lebih tinggi. Walaupun kos pembuatannya sedikit tinggi, kami sependapat mahu menjualnya pada harga bawah RM100," kata Neelofa

Sumber : AWANI

Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Sebanyak 30kg Selepas Cintanya Ditolak.

Lelaki Ini Berjaya Turunkan Berat Badan  Sebanyak 30kg Selepas Cintanya Ditolak.

[=] Mohd Syafiq pernah mengalami kekecewaan kerana apabila wanita yang disukainya memilih org lain kerana saiz tubuh badannya yg besar telah mendorong seorang anak muda Kedah utk melakukan perubahan dgn memulakan langkah utk mengurangkan berat badannya.


[=] Bermula dgn berat sebanyak 110 kilogram, Mohd Syafiq Abd Jalil, 22, nekad untuk berubah dengan menjaga pengambilan makanan sehariannya dan melakukan rutin senaman dengan lebih serius apabila bersenam di gimnasium sebanyak enam hari seminggu.


[=] Dalam tiga bulan pertama misi pengurangan berat badan, Mohd Syafiq telah berjaya mengurangkan berat sebanyak 30 kilogram (daripada 110kg kepada 80kg) dan beliau menjadi lebih positif dalam kehidupan seharian dan lebih ceria.


[=] Apabila ditanya berkenaan kesukaran yang dialaminya sewaktu hendak memula diet dan proses penurunan berat badan, beliau mengakui terdapat beberapa ketika tidak rasa bersemangat namun perkara pertama yang dilakukan adalah mengubah pemikiran bahawa dirinya mampu untuk membuat perkara tersebut serta sokongan daripada ahli keluarganya.


[=] “Mula-mula kena ubah mindset dan ia agak susah kerana sudah terbiasa tetapi Alhamdullilah mulakan dengan perlahan dan jangan tergesa-gesa kerana badan kita akan terkejut,” ujar Mohd Syafiq ketika ditemubual.


[=] Daripada segi pemakanan, beliau akan sedaya upaya menyediakannya sendiri setiap makanan yang hendak dimakannya kerana lebih mudah untuk mengawal penggunaan gula, garam ataupun minyak serta pengambilan karbohidrat. Selain itu beliau turut mempunyai cheating day untuk beliau makan apa sahaja dalam jangka masa setiap dua minggu berdiet supaya tidak terlalu bosan.


[=] Salah satu tips senaman yang dikongsi Syafiq adalah dengan melakukan pelbagai jenis senaman yang boleh meningkatkan kadar degupan jantung kerana apabila jantung berdegup lebih laju ia akan menaikkan suhu badan dan secara tidak langsung ia meningkatkan kadar metabolisma dan membakar lebih banyak lemak.


[=] Kini setelah hampir dua tahun berusaha berat Mohd Syafiq yang terkini adalah 69kg dan beliau juga dalam proses untuk membentuk otot-otot supaya mempunyai tubuh badan yang kelihatan lebih menarik kerana kini beliau turut menjadi model sambilan.


[=] Syafiq juga mempunyai perancangan untuk memotivasi orang lain yang berbadan besar untuk mengurangkan berat badan kerana baginya perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil cuma ia memerlukan kecekalan dalam hati.


[=] “Sekiranya anda mempunyai impian, jangan hanya biarkan ia sekadar impian tetapi anda perlu berusaha merealitikan impian tersebut,” ujar Syafiq