Friday 26 February 2016

Resepi Ayam Goreng Halia Sedap

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

(*)500 gram ayam, potong kecil
(*)4 ulas bawang putih, hiris nipis
(*)2 cm halia, dihiris halus memanjang
(*)1 sudu besar kicap cair
(*)1 sudu besar sos tiram
(*)1 biji bawang besar, hiris nipis membulat
(*)1 biji cili merah, hiris nipis
(*)1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm cm
(*)1 1/2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
(*)minyak masak, untuk goreng ayam
(*)sedikit lada sulah atau lada hitam
(*)sedikit garam dan kunyit
(*)garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara untuk Memasaknya ialah:-

1. (*)Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2. (*)Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3. (*)Masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih. Kacau seketika, jangan sampai bawang putih hangus.

4. (*)Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5. (*)Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

6. (*)Angkat dan tabur dengan daun bawangdan. Hidangkan bersama nasi panas.


EmoticonEmoticon