Saturday 27 February 2016

Resepi Nasi Ayam Madu Yang Sedap Tak Terkata

Tags


Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-

Bahan-bahan Untuk Ayam (direbus) –

(#)1 ekor ayam dipotong 8
(#)2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
(#)2 cm halia, ditumbuk halus
(#)1 kiub ayam

Bahan-bahan Untuk Ayam (diperap) –

(#)1 sudu besar kicap pekat
(#)1 sudu besar sos tiram
(#)1 cm halia, ditumbuk halus
(#)2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
(#)1 sudu besar kicap cair
(#)Sedikit madu untuk sapuan

Bahan-bahan Untuk Nasi –

(#)3 cawan beras
(#)4 cawan air rebusan ayam
(#)2 sudu besar butter
(#)1 cm halia ditumbuk halus
(#)3 ulas bawang putih ditumbuk halus
(#)Sedikit garam
(#)2 bunga lawang*
(#)4 buah pelaga*
(#)1 kayu manis*
(#)1 batang serai ketuk
(#)2 helai daun pandan
(#)Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan-bahan Untuk Sos –

(#)5 biji cili merah
(#)3 ulas bawang putih
(#)2 cm halia
(#)1 sudu besar cuka
(#)1 sudu teh garam
(#)1 sudu teh gula
(#)1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan-bahan Untuk Sup –

(#)Air rebusan ayam
(#)1 biji bawang besar, dikisar
(#)Rempah sup bunjut
(#)Garam
(#)Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan-bahan Untuk Kuah Kicap –

(#)Kuah kicap perapan ayam di atas
(#)Kicap manis cap kipas udang
(#)Sedikit garam
(#)Air rebusan ayam

Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-

Untuk Ayam –

1. (#)Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

2. (#)Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

3. (#)Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam).

4. (#)Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Memasak Nasi –

1. (#)Basuh beras dan tos air.

2. (#)Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing.

3. (#)Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau.

4. (#)Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.

5. (#)Masak nasi seperti biasa.

Memasak Sup –

1. (#)Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa.

2. (#)Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Memasak Sos –

1. (#)Kisarkan semua bahan di atas.

2. (#)Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Kuah Kicap:

1. (#)Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.

2. (#)Sejukkan sebelum dihidang.

Tip Penting:

(#)Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.


EmoticonEmoticon