Sunday 6 March 2016

Resepi Bubur Lambuk Daging Sedap

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

(^^)250gm beras
(^^)200gm daging |dipotong halus
(^^)50gm udang kering
(^^)500ml santan pekat
(^^)1 sudu makan minyak sapi
(^^)2 sudu makan minyak masak
(^^)1 batang kulit kayu manis
(^^)1 kuntum bunga lawang
(^^)2 kuntum bunga cengkih
(^^)2 biji buah pelaga
(^^)2 helai daun pandan
(^^)1 sudu teh halba
(^^)1 sudu teh jintan kasar
(^^)1 biji bawang besar | dihiris
(^^)3 biji bawang putih  | dihiris
(^^)4sm halia |dikisar dengan
(^^)2 cawan air dan ditapis
(^^)1 sudu teh serbuk lada hitam
(^^)8 biji bawang merah | dibuat bawang goreng
(^^)Daun sup dan daun bawang secukupnya
(^^)Garam secukup rasa
(^^)Air secukupnya


CARA MEMASAKNYA IALAH:

1 (^^)Panaskan minyak sapi dan minyak masak kemudian tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
2 (^^)Kemudian masukkan daun pandan bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, jintan kasar, bunga cengkih dan halba hingga naik baunya.
3 (^^)Masukkan daging bersama halia dan biarkan mendidih.
4 (^^)Tuangkan sedikit air dan masukkan serbuk lada hitam.
5 (^^)Masukkan beras dan biarkan masak hingga beras jadi hancur.
6 (^^)Apabila beras hancur, masukkan garam dan udang kering. Kacau hingga rata.
7 (^^)Masukkan pati santan dan biarkan bubur dimasak hingga pekat.
8 (^^)Akhir sekali, taburkan bawang goreng, daun sup dan juga daun bawang. Angkat dan hidangkan.


EmoticonEmoticon