Sunday 6 March 2016

Resepi Daging Terbaik

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:-

(#)500gm daging | dipotong kiub
(#)2 biji ubi kentang | dibelah empat
(#)3 biji bawang merah | dihiris
(#)6 ulas bawang putih | dihiris
(#)2 sudu makan rempah serbuk kari daging
(#)1 tangkai daun kari | dilurut
(#)1 batang kulit kayu manis
(#)1 kuntum bunga lawang
(#)500ml santan cair
(#)250ml santan pekat
(#)Garam dan gula secukup rasa
(#)Minyak untuk menumis


CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. (#)Panaskan minyak, tumis bahan hiris, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga keperangan.
2. (#)Kemudian masukkan daun kari dan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Tumis dengan api perlahan sehingga wangi.
3. (#)Seterusnya masukkan daging dan kacau sehingga airnya menjadi agak kering.
4. (#)Setelah itu, masukkan pula santan cair dan tutup periuk. Biarkan sehingga daging empuk.
5. (#)Masukkan pula ubi kentang dan masak sehingga empuk.
6. (#)Selepas itu, masukkan santan pekat dan perasakan secukupnya. Kacau sebati dan biarkan mendidih seketika.
7. (#)Akhir sekali, apabila kari sudah menggelegak, angkat dan sedia untuk dihidangkan.


EmoticonEmoticon