Saturday 28 May 2016

KURANGKAN 14 POUNDS DALAM 14 HARI DENGAN DIET TIMUN

Tags


(**)Diet timun sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk fikir apa yang mereka mahu makan dan seterusnya. Difahamkan, jika konsisten, diet timun ini boleh menurunkan berat badan sehingga 7 kg.

(**)Secara logiknya, asas diet ini adalah salad timun, yang anda boleh makan apabila anda berasa lapar.

(**)Bagaimana untuk menyediakan salad timun?

(**)Anda perlukan 400g timun dan 2dl susu masam ataupun yogurt. Secara pilihan, anda boleh tambahkan garam dan bawang putih.

(**)Cara menyediakan shake timun?

(**)Letakkan sebiji timun dengan kulit ke dalam mesin pengisar, beberapa helai daun bayam yang dibasuh dengan sebiji epal. Jika anda mahu anda boleh tambahkan halia. Kisar kesemuanya, masukkan ke dalam gelas dan minum secara beransur-ansur.

(**)Menu harian contoh:

(**)Sarapan – 2 biji telur rebus dan timun salad
(**)Makanan ringan – 5 biji plum, sebiji epal, pic atau buah-buahan bermusim seberat 200g
(**)Makan tengah hari – roti bakar dan sepinggan salad timun
(**)Makanan ringan – shake timun
(**)Makan malam – buah-buahan dengan pilihan, tidak lebih daripada 300g
(**)Makanan lain yang boleh anda ambil adalah:

(**)2 biji telur rebus atau 150g tuna (buang minyaknya) atau 150g chicken breast panggang.
(**)2 biji kentang rebus dan 3 keping roti gandum
(**)500g buah-buahan segar
(**)Untuk cecair pula, anda boleh minum air biasa, teh dan kopi tanpa gula. Jangan sesekali mengambil minuman bergas/manis dan pencuci mulut.


EmoticonEmoticon