Sunday 22 May 2016

Resepi Cake Pop

Tags


Bahan-bahan ( 20 biji ++ )

(**)Lebihan Kek (apa2 perisa pun boleh)
(**)50g butter (unsalted)
(**)Sprinkle warna warni
(**)Batang Lolipop / Lidi Sate dalam ukuran 15cm
(**)Chocolate (dairy choc / dark choc / white choc)
(**)Kotak polistrene
(**)1.5 tbsp Shortening / butter

Bahan-bahan hiasan yang digemari ikut kreativiti masing-masing. (contohnya)

(**)1- Badam Hancur (mesti dibakar dulu badamnya)
(**)2- Sprinkle warna-warni
(**)3- Chocolate rice
(**)4- Eadible Beads
(**)5- Smarties / M&M

Cara-cara

(**)- Hancurkan2 kek dengan menggunakan jari. Masukkan butter dah gaul hingga kek jadi moist.

(**)- Amik segenggam kek yg dah digaul dengan butter tadi, bentukkan bulat. Teruskan sehingga habis. Maka base Cake Pop Anda dah pun siap.

(**)- Sejukkan Cake Pop yang dah dibentuk bulat-bulat tadi dalam peti ais selama 2 jam. (gunakan ruang simpanan biasa, tak perlu dimasukkan dalam freezer). Tujuannya adalah supaya adunan kek yang dah dibentukkan tadi jadi betul2 pejal.

(**)- Setelah 2 jam, sekarang dah bolehlah memulakan proses menghias Cake Pop anda.

(**)- Cairkan chocolate menggunakan kaedah double boiling. Setelah chocolate 75% mencair, tutup api dan 0 masukkan shortening ataupun butter dan kacau menggunakan sudu sampai semua bahan cair.

(**)- Keluarkan Cake Pop yang disejukkan tadi daripada peti ais. Ambil Satay Stick ataupun batang lolipop dan cucukkan pada cake pop. Cake Pop anda akan kelihatan seperti lolipop.

(**)- Ambil satu cake pop yang telah dicucuk td, pegang batangnya. Tuangkan 1 sudu chocolate cair ke bahagian cake pop sehingga chocolate menyaluti Cake Pop tersebut. Sebelum chocolate mulai mengeras, taburkan sprinkle dan kacang ikut kreativiti anda.

(**)- Cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polisterine supaya chocolate boleh mengeras sepenuhnya.

(**)- Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
(**)- Cake Pop anda dah siap dihias! Boleh juga dibungkus dengan plastik dan dinikmati bersama yang tersayang waktu menonton TV.


EmoticonEmoticon